Friday, April 3, 2009

~Sejarah hitam sukar untuk pudar~

Hmm...sejarah hitam sukar untuk pudar...

Bukan niat berdendam,
bukan niat menyakiti,
bukan niat untuk bermusuh,
bukan niat menambah dosa yang sedia ada dipikul,
bukan niat menganggu hidup org lain,
bukan niat merosakkan masa depan org lain,

Tp cuma, hati ini..yang mungkin difikirkan sebagai busuk dan hitam...aku bukan manusia sempurna..
Hati ini masih mengingati..detik itu..
betapa merasakan saat2 itu..nyawaku hampir hilang..kasihku hampir dibuang...
hanya airmata darah yang belum bertandang..
dek kerana kehitaman yang menyelubungi..

Kerana setitik kehitaman yang hampir merubah segalanya..jadilah aku begini..
aku mmg degil, hatiku mmg keras, kuakui...
dan pelembutnya ada disitu..hanya padamu...

Akan tetapi,
masa yang berlalu belum cukup memudarkan kehitaman itu..
belum cukup membuat aku selesa dengan hidupku..
belum cukup untuk aku memikirkan mereka dgn hatiku yang suci tanpa curiga..
ya, aku masih berwaspada..hanya kerana setitik hitam itu..

Ku mohon dlm doaku,
Jgnlah aku membenci mereka,
kerana kutahu, siapa mereka bgmu..
mgkn aku keterlaluan..mgkn aku berlebih2an..
tp ku mohon..
berikan aku lebih waktu..
untuk meyakini hatiku..
mereka tidak seperti itu..
mereka tidak akan menggangu hidupmu..
dan mereka tidak akan menjadikan titik hitam itu..
seperti hujan dalam hidup kita..

notakaki: kurindu saat2 sebelum hadirnya titik hitam itu...

1 comment:

Ija1202 said...

ermmm...sememangnya sejarah adalah pengajaran paling besar utk kita kenang dlm melalui kehidupan...