“Alaa, Abang Amin sudah balik. Lie tak naklah makan. Tak selera!” Hazli merungut, menolak hidangan makan tengah hari yang sudah sedia untuk dijamah.
“Kamu ni kenapa? Orang dah masak susah-susah, mengada-ngada pula buat perangai. Kalau tak kerana kamu, mak tak masak ayam ini, tahu. Makan!” bentak emak yang kepenatan selepas berjam-jam memasak di dapur.
“Tak nak!” Hazli berpeluk tubuh. Marah bunyinya.
“Abang Amin sudah tinggal seminggu di rumah kita dengan kamu, tak cukupkah lagi? Kalau kamu nak sangat, hah pergi kemas beg. Pergi rumah Pak Long kamu tu. Duduk sana. Tak payah balik sini!” tambah si bapa pula.
Hazli bangun dan berjalan menghentak-hentak kaki masuk ke biliknya. Pintu dihempas. Panas!
Si anak itu semasa kecilnya, dengan hanya menyebut huwaa huwaa pun emak dan bapanya tahu anak itu mahu dipeluk. Tetapi semakin petah anak bercakap sesuai dengan pertambahan usia, beliau semakin tidak difahami. Hazli merungut bukanlah kerana enggan makan. Malah perutnya memang kelaparan. Hazli hanya menyatakan kesedihannya kerana cuti sekolah sudah berakhir dan abang sepupunya yang pulang ke rumah selepas seminggu berkampung berkhemah di rumahnya.
Apa yang diperlukan, hanyalah beberapa bilah perkataan daripada mulut ibu dan bapanya yang menunjukkan mereka simpati dan memahami perasaan hatinya. more
Hmm..scra tiba2..aku teringtkan perangai sendiri..
lebih kurang mcm hazli..tp bukan terhadap mak ayah..
terhadap si dia
buat sesuatu..untuk dapatkan simpati or at least satu perkataan untuk menenangkan hati...hmm..cam desprate jek bunyiknye kan..
tp kdg2..resultnye adelah macam mak bapak dlm kisah tu..uhuks..
maka bertambah sedih la hati..kalau mcm hazli leh la men hentak2 kaki..
kalau aku?...takan da besa panjang nak wat camtu gak..
huhu..oh..sila pikir rasional..awk tu dah nak jadik istri org..huhu
ke sebenarnya aku ne kurang perhatian?..atau pon ngengade nak perhatian lebih??..
hmm..baik..pk positip...fit sila pk positippp...
notakaki: muhasabah diri..perbaiki kesilapan..hidup bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri...hmm..panggilan td buat aku lg sedih..=(..dimana kepentingan itu..