Monday, May 12, 2008

Sampai Hati...

Cinta itu bahagia..
Cinta bukan derita..
Tetapi tiada cinta bahagia tanpa derita
seketika pasti ada dukanya

Kau biar aku memilih..
walau hati berbelah kasih..
walau cinta terserlah bersih..
walau sayang ku padamu masih..

kau katakan aku tidak mengerti..
kasihmu tidak ku hargai..
pengorbananmu ku pandang sepi..
ku pujuk hati mungkin mmg tidak kufahami..
ku cuba mengalah hari demi hari..

sehinggalah suatu hari..
ku tahu jua punca terjadi..
kerana hatimu tidak tetap padaku lagi..
dan mgkinkah engkau sedang mencari pengganti..
sedang hatiku masih di sini..
disimpang yang jalannya mati..

buat apa menyiksakan diri..
mengharap pada yang tak pasti..
kudengar ayat itu berkali2..
tapi degil hatiku masih menanti...
seolah dia raja dihati yang tak mungkin berganti...

Hanya pada Ilahi..
kusujud mohon petunjuk..
kumohon makbulkan doaku..
tapi aku lupa..siapa aku?
hamba yang tidak layak meminta..
setelah dapat apa yang dipinta syukurku mula alpa..

Tinggallah aku disini..
melara hati memujuk sepi..
mungkinkah mentari menyinar kembali..
yang pasti aku tetap disini...dan masih disini..

="(

- fitriah May 2008 -

3 comments:

Reb@k said...

macam ne la bagus, segar dan asli, baru ada semangat nak baca, keep it up okey!!!

myheart said...

aik..=O

illa said...

fit ko nye puisi tuh ...hhahaha aku pun tak tau nak cakap ape aku tak faham sgt ayat2 jiwang ko tuh ..adekah ko berduka ke?? ..aku nih tau gembira jek kuikuikui....