DI SEBALIK KECANTIKAN PASANGAN KITA
ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi
cakapnya pedas lagi menyinggung.
Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.
Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.
Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu
menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).
Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.
Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang
berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.
Ada teruna mengeluh sukar me! ncari calon isteri yang cantik, senang
dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.
Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:
'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai
yang lain.'
Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak
menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai
sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa:19)
Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan
begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap
sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali..
Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.
Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.
'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang
baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu
Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan
Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah
An-Nahl: 125).
Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.
Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan
cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai
tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.
Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat.
Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita
untuk ikhlas menerimanya.
p/s :
KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI.
No comments:
Post a Comment